Ahad, 9 November 2014

Kisah 9 November


Hujan lebat masih membasahi bumi batu pahat, kesejukan mula memenuhi setiap genap ruang rumah sewaku, guruh pula sabung-menyabung memecah kesunyian malam sambil sahabat-sahabat rumah sewaku asyik leka dengan laptop masing-masing. Aku, azrit dan amir kepenatan baru balik dari mencuci mata di JPO dan mengisi perut yang hampir sarat di nasi lemak wak kentut tadi. Sebenarnya, untuk ke JPO itu tak dirancang pun sebenarnya, secara tiba-tiba sahabat sekelasku, ojai call mengajak kami ke JPO. Ajakan itu sama sekali memusnahkan harapanku untuk membuat report PSM. Tapi tidak mengapa, ajakan itu sebenarnya membuat hatiku melonjak-lonjak untuk pergi, mahu tidaknya, sudah lama aku tidak berjalan-jalan mencuci mata, selepas lama mengabdikan diri di rumah ini dengan membuat projek dan assignment yang bertimbun-timbun banyaknya. Sekali-sekala perlu juga untuk mengambil angin bagi menghilangkan stress dan kepenatan membuat segala kerja yang tak tertanggung itu.

Menceritakan kisah di JPO tadi, terserempak pula aku dengan player yang terkenal dengan sepakan cantik freekicknya itu, iaitu badrol bakhtiar, striker terengganu yang ura-ura bakal meninggalkam pasukan terengganu pada musim depan iaitu manaf mamat juga kelihatan dan player kebangsaan seperti gopi, khairul azhan dan ramai lagi juga kelihatan. Sempat juga aku mengambil gambar kenangan sekeping dua bersama badrol bakhtiar, yang lain tidak sempat untukku bergambar. Gambar itu, sudahku menjadi ia gambar kenangan di akaun instagramku. 


Menceritakan lagi di JPO tadi, kami semua seramai 9 orang iaitu aku, amer, azrit, ojai, wan, maska, nalek, panjang dan rizal mengisi perut ala-ala kosong ke subway. Ini, pertama kali aku menjejak kaki ke subway, maklumlah subway di terengganu memang tak ada. Biasalah, ke'noob' an mula kelihatan antara kami semua yang tidak pernah ke subway. Nasib ada antara kami yang pernah menjamah selera di subway. Boleh lah memberi tunjuk ajar kepada kami yang tidak pernah ke subway. Subway club ku pesan bagi mengisi perut di subway. Sedap juga rasanya. Bila lah subway akan dibuka di terengganu. Tunggu ku ber anak pinak mungkin baru ada kot. 



Selepas ke JPO, singgah pula kami ke nasi lemak wak kentut. Termasuk kali ini, sudah dua kali aku menjamah selera di nasi lemak wak kentut. Ini lah nasi lemak yang paling sedap yang aku pernah jumpa selain daripada masakan ibuku. Keenakan sambal dan kerangupan ayamnya membuatkan kedai ini terkenal di sekitar Johor. Setiap hari, orang ramai akan membuat barisan untuk beratur membelinya. Kesedapannya menaikan lagi nafsuku untuk menghabiskannya walaupun perutku sudah sarat dengan subway club di Subway. Entriku sudah hampir ke penghabisan namun hujan masih mencurah-curah turun membasahi bumi. Kelenaan tidur malam ini, sudah pasti sampai ke puncaknya tatkala hujan menemani tidurku malam ini. Ku sudahi entri malam ini dengan Assalamualaikum. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan